PDFBear’s Soalan Lazim

Pasukan sokongan kami menjawab soalan-soalan berikut hampir setiap hari

Pada Log Masuk halaman,terdapat "Lupa Kata Laluan Anda?" dibawah kotak masuk kata laluan. Klik disitu dan masukkan e-mel anda. Kami akan membantu anda untuk mendapatkan semula kata laluan anda.

Menukar e-mel anda adalah mudah. Log Masuk, kemudian klik pada "Akaun". Anda akan lihat terdapat satu kotak untuk anda set semula e-mel anda. Taip e-mel baru anda dan klik "Simpan perubahan". E-mel baru anda boleh digunakan untuk akaun anda.

Anda tidak perlu berasa tertekan dengan keperluan sistem, kami telah bekalkan kepada anda dengan platform dalam talian. Tidak kira komputer atau pelayar internet apa yang anda gunakan, sama ada di Mac, Windows, pelayar Chrome, pelayar Safari... Dengan PDFBEAR, anda akan sentiasa mendapat pengalaman yang terbaik Penukar PDF, begitu juga dengan perkakas penyusun PDF yang lain, seperti Gabungkan PDF, Pisahkan PDF, Mampatkan PDF daripada kami.

Keselamatan fail anda sentiasa menjadi keutamaan kami, kami menjamin keselamatan fail-fail anda bersama kami. Untuk memastikan fail-fail tersebut selamat, kami akan pastikan yang fail-fail tersbut di enkripsi dengan 256-BIT SSL keselamatan. Untuk ahli Pro, anda boleh mengakses fail asa; dalam “Akaun Saya” di bawah “Pengurusan Fail". Kami, secara asalnya, akan menyimpan fail anda, dan anda perlu memadamnya secara manual untuk membuangnya secara kekal daripada pelayan kami.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dasar Privasi kami. Dasar Privasi.Jika anda mungkin mempunyai pertanyaan lanjut, sila jangan segan untuk hubungi kami.

Biasanya, penukaran akan selesai dalam masa kurang 1 minit. Jika penukaran mengambil masa yang lebih lama daripada jangkaan, Ia mungkin disebabkan oleh saiz fail.Saiz fail penting, lebih besar saiz fail, lebih lama masa yang diambil. Walau bagaimanapun, jika ia mengambil masa yang terlalu lama, sila periksa jika pelayar anda masih memberi respon atau tidak. Pelayar mungkin boleh berhenti memberi respon semasa proses penukaran disebabkan isu sambungan internet. Dalam kes ini, sila mulakan semula penukaran.

Jika penukaran gagal dilengkapkan, sila cuba dengan memulakan semula perkembangan penukaran. Jika ini tidak berkesan, pilihan yang tinggal untuk anda adalah memuat naik semula fail anda dan menukarnya sekali lagi. Kami berharap agar anda dapat bersabar dan tunggu sehingga penukaran selesai jika fail anda bersaiz besar. Jika ia masih tidak dapat dilengkapkan, sila cuba lagi dengan menggunakan pelayar lain dan pastikan tiada program tambahan digunakan sementara laman sesawang dibuka. Jika kaedah di atas tidak dapat menyelesaikan masalah, sila jangan ragu untuk hubungi kami dan laporkannya kepada kami, kami akan cuba yang terbaik untuk membantu anda.

Dalam kes ini, fail anda telahpun tamat tempoh. Bagi pengguna awanama, pautan muat turun hanya sah dalam tempoh satu jam. Kami juga menawarkan pilihan lain:

  • Daftar untuk akaun PDFBEAR secara percuma dan anda boleh memanjangkan had mada daripada 1 jam kepada 30 hari. Klik log masuk jika anda sudah mempunyai akaun.
  • Sertai keahlian kami untuk menikmati servis premium yang kami tawarkan. Yang yang anda tukarkan tidak akan dipadam dan anda boleh memuat turun fail tersebut pada bila-bila masa! Klik butang dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan keahlian.
Keahlian

Kami mencurahkan sepenuh kasih sayang dalam menghasilkan laman sesawang kami untuk memberikan perkakas PDF yang terbaik kepada pengguna-pengguna kami. Sokongan anda adalah sangat penting bagi kami. Selain itu, selepas menyertai keahlian kami, semua ciri-ciri premium yang ekslusif boleh diakses seperti:

  • Semua perkakas PDF akan dinyahkunci
  • Saiz fail muat naik tanpa had
  • Saiz fail maksimum adalah 2GB untuk dimuat naik
  • Storan fail selama-lamanya
  • Lebih banyak ciri-ciri premium akan datang: Lihat Lagi

Anda boleh seret dan lepas fail ke kawasan sekitar butang "Pilih Fail".

Klik anak panah pada sebelah kanan butang "Pilih Fail", dan anda akan diberikan 3 opsyen untuk memilih fail daripada:

  • "Muat Naik Daripada Peranti", satu kotak dialog akan dipaparkan untuk anda memilih fail daripada peranti anda.
  • "Muat Naik Daripada Google Drive", anda boleh pilih fail anda daripada Google Drive.
  • "Muat Naik Daripada DropBox", fail-fail daripada akaun DropBox anda sedia dimuat naik.

Selepas anda memilih fail, klik "Hantar" untuk memuat naik fail tersebut.

Apabila anda tiba di halaman muat turun, klik panah di sebelah kanan butang muat turun dan anda akan diberi 3 opsyen untuk menyimpan fail anda:

  • "Simpan ke Peranti", fail akan disimpan ke dalam simpan lokal komputer/telefon pintar anda.
  • "Simpan ke Google Drive", anda boleh memilih untuk menyimpan fail yang dimuat turun ke dalam Google Drive anda.
  • "Simpan ke DropBox", fail akan disimpan ke dalam akaun Dropbox anda sendiri.

Pilih destinasi yang sesuai untuk menyimpan fail anda.

Kami mencuba yang terbaik untuk mengekalkan format asal dokumen. Jika fon yang digunakan tidak dikenali oleh tetapan asal pada sistem Windows atau Mac, fon anda mungkin akan hilang dan tiada apa yang akan muncul. Cara cepat membaiki masalah ini adalah dengan memformat keseluruhan dokumen mengikut fon piawai seperti Times New Roman.

Optical Character Recognition/Pengenalan Aksara Optikal atau OCR, adalah satu daripada ciri-ciri unik kami yang membenarkan anda menukar pelbagai jenis dokumen kepada teks. Sebagai contoh, sebuah fail PDF yang mengandungi imbasan atau gambar yang diambil menggunakan telefon anda akan ditukarkan kepada data yang boleh dicari dan disunting. Buat masa ini, kami menyokong 17 jenis bahasa:

  • Inggeris
  • Catalonia
  • Danish
  • Belanda
  • Finland
  • Perancis
  • Jerman
  • Itali
  • Norway
  • Poland
  • Portuguese
  • Romania
  • Rusia
  • Sepanyol
  • Sweden
  • Slovene
  • Turki