LinuxBios

Dalam Q2 2020 kami telah menggabungkan PDFBEAR dengan Linuxbios.org. Rakan-rakan kami di Linuxbios mempunyai julat kepakaran dan pengetahuan yang luas dalam bidang teknologi termasuk SaaS (Service-as-a-Solution/Perkhidmatan Sebagai Penyelesaian) untuk penukaran PDF.

Disebabkan penggabungan ini berlaku, beberapa kandungan berkaitan Linuxbios.org kini boleh didapati di PDFBEAR.com dan telah di indeks seperti dibawah.

Tentang Kami Linuxbios.org

LinuxBios telah berada dipasaran selama hampir dua dekad. Mereka telah membekalkan pengguna akhir dalam lingkungan Teknologi Maklumat dengan manual, perkhidmatan dan perkakasan untuk menjadikannya lebih mudah kepada pengguna biasa.

Beberapa perkakas berguna ini adalah berkaitan dengan perkhidmatan PDF:

Penggabung PDF - Perkakas yang berguna untuk menggabungkan atau mencantumkan dokumen PDF.

PDF ke Word - Perkakas yang menukarkan dokumen PDF kepada fail yang boleh dibaca dan disunting.

Word ke PDF - Perkakas yang menukarkan dokumen Word menjadi fail PDF yang boleh disunting.

PDF ke JPG - Perkakas yang menukarkan fail PDF menjadi imej, atau imej yang diekstrak terus daripada sesebuah fail PDF.

JPG ke PDF - Perkakas yang menukarkan imej anda kepada PDF. Pilih antara JPG, BMP, TIFF, atau GIF.

Pemampat PDF - Perkakas yan penting untuk mengurangkan saiz fail PDF tanpa menjejaskan kualiti dan integriti dokumen anda.

Pemutar PDF - Putarkan dokumen PDF anda dengan perkakas ini.

Kerjasama dengan LinuxBios

Di PDFBEAR.com kami bangga untuk bekerjasama dengan LinuxBios. Pengalaman mereka selama dua dekad dengan perkhidmatan dan perkakasan untuk Linux dan PDF akan memberi manfaat kepada kami untuk maju ke hadapan dengan teknologi yang diperlukan untuk memberi khidmat kepada pengguna akhir. Kepakaran mereka akan membawa kehidupan baru kepada pasukan dan laman sesawang kami.